Tuesday 18 June 2013

Jum Mengaji di Masjid Negara

Assalamualaikummmm.....
Halluuuuuu....

Lepas je saya habis Master hujung tahun lepas...saya berfikir-fikir....

Nak buat apa ye lepas ni...So,kebetulan,Bonda ada cerita pasal saudara saya, kata Bonda, saudara saya ni...mengaji sedap sangat.

Selepas Bonda riki-riki...lalu mendapatlah infomasi bahawa beliau telah belajar mengaji di Masjid Negara.

Dan apa lagi, Bonda pun menyerulah saya dan Melsy agar belajar mengaji...maka...saya,Joshua dan Melsy pun pergilah mendaftar dan sejak Januari 2013, kami pun mulalah belajar mengaji.

Rupa-rupanya, dekat Masjid Negara ni...ada pelbagai kelas...Kelas Fiqh Wanita...Kelas Bahasa Arab...Kelas Hafazan dan sebagainya....dan Masjid Negara ni memang aktif dengan pelbagai aktiviti....

Kelas mengaji saya ni adalah selama 2 tahun dan yurannya amatlah murahhhhhh....RM300 untuk 2 tahun...Hihihiiiiiii.....Best kan.....

Kelas ni mempunyai silibus...memang teratur...ada ujian,peperiksaan dan akhirnya...kalau tamat dengan jayanya...dapatlah sijil....then baru boleh sambung ke tahap yang seterusnya...











Masjid Negara ni ada macam-macam rupanya....Parking yang besar, perkuburan orang-orang kenamaan,kolam yang cantik.....

Jumpa lagi!!

Salam~~




4 comments:

  1. Bestnye!






    P/s: Shasha, bole x nak request nk tgk gmbr perut omei? Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wayu omelll...sorry...baru jumpa password blog nih...huhuhuuuu...maap!!

      Delete
  2. mcmane cara nak upply mengaji k masjid negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Firdaus,
      Awak kena pergi Masjid Negara...Pejabat Pengajian Dewasa...nanti staff akan bagi borang..

      Delete